
Assalamualaikum / salam sejahtera sahabat …
Dah lama Mama tak menulis ..walaubagaimana pun Mama sangat berterima kasih kepada pengunjung blog ini.
Hari ini Mama ingin menulis tentang satu jenis bunga yang dijadikan Allah sangat ajaib dengan pelbagai warna dan baunya serta batang yang berduri dan menjadi pujaan dan kesukaan manusia seluruh dunia ..
senang cerita : romantiknya sidia bila dia memiliki pohon ini / atau mendapat kuntuman mawar sebagai hadiah dari teman … Itulah dia Rose atau mawar. Sebenarnya telah lama Rose Garden menjadi impian Mama . Mama berkunjung kesini kerana Mama ingin melihat impian Mama.
Anda boleh temui pemilik kebun ini di Facebook Mami Yawinscha dan Mawatika Sweet .

Mereka adalah dua insan yang rajin dan cekal serta memiliki impian yang sama. Mama memang terpegun dan sangat kagum dengan usha mereka. Syabas dik !! Nak tahu bagaimana mereka bermula dan cara menjaga pokok bunga yang ajaib ini tanyalah mereka. Kerana hampir lapan tahun mereka berdua menjadikan bunga-bunga mawar ini kehidupan mereka. Kesah hidup mereka dengan bunga ini juga sungguh menakjubkan. Tengok ladang mereka … Disini akan Mama paparkan pelbagai jenis rose yg mereka tanam ..kepada
peminat-peminat rose sila hubungi mereka melalui Facebook .
