Selamat tahun baru 2016 sahabat .. Hari ini dah 7 hari kita berada didalam tahun baru .. saya harap kita kan terus berjaya menggapai impian. Hari ini saya terjumpa satu post istimewa dan ingin saya kongsikan dengan pengunjung semua … Kita masih tercari-cari kaedah yang betul untuk bercucuk tanam /berkebun. Kita ingin melihat hasil tanaman kita terus subur sedangkan kaedahnya kita tidak tahu .. Jadi teruskan membaca k
Moh Buat Tanah Campuran
Kali ni teman nak share cara buat tanah campuran yang selalu teman buat … sebenarnya ada banyak cara lagi kalau kome cari di Google spt cara yang diajar oleh Jabatan Pertanian … tapi terpulang pada masing2 … asalkan pokok elok hidup/tumbuh subur udah ler … okay moh tengok apa bahan2 yang diperlukan …
Selamat Mencuba !
1. Tanah Hitam … teman guna tanah hitam jenis ni … tanah hitam ni tinggi kandungan humus/bakteria juga bertindak sebagai penggembur tanah … maknanya tanah tak mudah menjadi padat bila disiram setiap hari dan udara boleh tembus untuk akar bernafas melalui liang2 tanah
2. Tanah Merah … tanah merah ni bukan dari Kelantan … hehe gurau jer … tanah merah perlu ada dalam tanah sebab tanah jenis ini tinggi kandungan mineral (nutrien/baja semulajadi) selain sifatnya yang baik dalam memegang dan menyimpan baja/nutrien dalam tempoh yang lama … jadi tak perlu nak membaja tanaman selalu … biasanya 1 minggu 1 kali atau 2 minggu 1 kali … walaubagaimanapon tanah jenis ini mudah padat bila disiram selalu dan keras bila kering jadi akar susah nak bernafas dan tumbuh membesar di dalam tanah … oleh itu perlu dicampur bersama dengan tanah hitam/tanah kompos/tanah bakar …
3. Tahi Kambing … tahi kambing bertindak sebagai baja organik yang membekalkan nutrien kepada tanaman selain menjadi makanan kepada humus/mikrob dalam tanah … mikrob sangat2 penting di dalam tanah kerana dapat membantu akar menyerap nutiren/baja dengan lebih efisien dan juga menyuburkan tanah … penggunaan tahi kambing lebih baik berbanding tahi ayam kerana kurang bau … tidak panas dan lambat habis (slow release fertilizer) … tahi kambing juga tinggi kandungan Nitrogen penting untuk tumbesaran anak pokok dan daun baru dan juga sesuai untuk tanaman sayuran berdaun …
4. Tabur 2 bag tanah hitam tersebut dan buatkan seperti kawah ditengah2nya …
5. Taburkan 1bag tanah merah tadi di tengah2 tanah hitam tadi
6. Gaulkan kedua2 tanah tadi sehingga sebati ..
2 bag tanah hitam + 1bag tanah merah boleh dapat 2 setengah pasu … boleh juga tambah cocopeat bagi menjimatkan tanah … bawah isi tanah dan atas isi cocopeat … atau cocopeat digaul bersama tanah campuran
Selepas tanam boleh disiram dengan larutan baja AB … penggunaan baja AB adalah seminggu sekali atau 2minggu sekali … siram pada waktu awal pagi sebelum jam 10 … hari2 lain boleh siram air biasa …