Assalamualaikum sahabat … Tahun 2020 kita telah dikejutkan dengan Fenomena wabak yang mematikan meresah semua manusia seluruh dunia
Pelbagai cara pengobatan bagi mengatasi / mengekang wabak ini telah ditemui dari segenap bangsa didunia … Bagi kita di Malaysia ,kita telah diajar untuk berikhtiar dan berserah diri kepada Allah Subhanahu wataala kerana virus ini merupakan makhluk ciptaannya ..
Ada beberapa cara yang kita boleh amalkan agar wabak ini tidak menjangkiti kita dengan izin Allah… Diantaranya :-
Wabak Covid 19 dah merebak teruk setiap hari.
Sebelum keluar rumah baca dulu ayat-ayat pendinding sebagai ikhtiar:
Baca 3 kali
بِسْم اللَّهِ توكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلا حوْلَ وَلا قُوةَ إلاَّ بِاللَّهِ
Baca 3 kali
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ،
Baca 3 kali
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Baca 7 kali (ayat 9 surah Yasin)
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Ijazah daripada Sheikh Zainul Asri Kedah
Sila panjangkan semoga bermanfaat untuk kita semua…Jom kita beramal
Ikhtiar ke 2…..
jom buat air yang di amalkan
oleh Prof Dr Muhaya untuk meningkat imunisasi badan kita.
kita hanya berusaha…semoga ALLAH pelihara kita semua dari wabak virus #covid19
a. Bunga Cengkih;
b. Bunga Lawang;
c. Buah Pelaga;
d. Kunyit Hidup (sebesar ibu jari, hiris);
e. Halia (sebesar ibu jari, hiris);
f. Serai (3 batang, dititik); dan
g. Kayu Manis
Cara Menghasilkannya
▶️ Masukkan ketujuh-tujuh bahan di atas ke dalam jag atau cawan;
▶️ Tuangkan air mendidih dan siap untuk dihidangkan dan diminum.
▶️ Boleh digunakan banyak kali, hanya perlu menambah air bila hendak meminumnya.
▶️ Sebar-sebarkan agar semua mendapat manfaat dari khasiat semulajadi yang Allah jadikan dalam bahan-bahan yang digunakan.
InsyaAllah.
Semoga perkongsian ini menjadi amalan sahabat bagi menghindarkan kita dari jangkitan wabak ini.. InshaaAllah