Archives

Mulberry

Pokok Mulberry

Pokok Mulberry

Pokok mulberry ni saya tanam depan umah jer..tepi parit lagi..Alhamdulillah menjadi jadi berbuah..berusia 4 tahun..Rezeki dari bumi berkat berjasa dgn tanah..
Kelmarin saya ambil daun mulberry yg tua dan di rebus utk gout en.suami… Semalam buahnya saya petik buat jem Mulberry..Hari ni untuk lunch saya ambil pucuknya yg muda utk masak lemak dengan labu…sedap sangat rasa lemak lemak gitu..rasa pucuk labu pun ada…Buat kek pun saya dah cuba…
Tahukah anda semua bahawa pokok Mulberry sangat byk khiasatnya…saya dah pernah share dulu khiasatnya..hari ini saya copy paste lagi…Khasiat buah dan Daun Mulberry

 

Baca ya…
*Daun Mulberry* ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :
1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

pokok Mulberry

pokok Mulberry

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang
tinggi

 

buah Mulberry

buah Mulberry

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan
hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C,
asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser
(antioksidan)

Utk cara cara penggunaa pokok mulbarry dari pucuk hingga ke akar anda boleh klik di sini..
?????
http://www.khasiatherba.com/her…/khasiat-pokok-mulberry.html
Dan
P/s: Pada sesiapa yg minat dan berhajat nak beli  anak pokok ( benih ) sms /whatApp 0173980193

Share dari FB Shiema Yunos’s page

Share

Serai Wangi

Serai Wangi

Serai Wangi
Cymbopogon nardus

 

SERAI WANGI -Cymbopogon nardus

1. Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

2. Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

3. Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

4. Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

5. Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

6. Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

7. Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

8. Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

9. Serai sebagai ‘Pain Killer’
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

10. Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

11. Untuk wanita lepas beraslin
Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin. Air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi

12. Agen halau serangga dan pencuci.
Boleh menghalau lipas, lalat, anai-anai, semut.(dijadikan pencuci lantai)

Selamat mencuba dan mengamalkan.

Info dari – Denaihati Network – Facebook

 

Share

Nikmat Ulam

1.  Ulam Raja -the King’s salad  – Cosmos caudatus     

ulamraja

ulamraja

Adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.    Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengankalsium dan vitamin A.

Ulamnya yang digelarkan “ulam raja” telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.

Sambung Nyawa

Sambung Nyawa

2 .  Pokok Sambung Nyawa  dipanggil juga sirehcina  ini dikatakan mampu mengubat kencing manis.

Setiapkali makan tengahari , ulam ni selalu menjadi makanan istimewa aku , kadang-kadang aku gandingkan bersama ulam raja dan daun kemangi atau selasih. Tapi kalu tak ada sambal belacan atau sambal kelapa ..ada ulam pun tak bermakna. Kerana mereka itulah regu yang paling setia.

3.  Kesum – Polygonum Extract

Kesum - Polygonum Extract‎

Kesum – Polygonum Extract‎

Untuk pengetahuan anda, terdapat  2 jenis kesum yang biasa di dapati iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.

Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena,vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium,kalsium dan fosforus.

Dari aspek dunia perubatan Melayu,herba yang bersifat panas ini dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara kelebihan daun kesum ini ialah :

  • ‎Menguatkan daya penglihatan
  • Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
  • Mengharumkan tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan ( Entri berkaitan tips mengatasi keputihan telah pernah saya siarkan. Jika berminat anda bolehlah membacanya di sini )
  • Mengatasi masalah kelemumur
  • Baik untuk wanita lepas bersalin

Suntingan dari blog :   Apacerita.com

 

Share