Assalamualaikum /salam sejahtera semua ….
semoga anda sihat ..dan terus berjuang untuk hidup yang harmoni
Keadaan yang sangat sibuk buat akak lupa untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan semua …
Terima kasih kepada semua …
Lihat pokok cili ni
… sungguh menjadi ..buahnya menjadi rebutan jiran keliling … sentiasa disebut bagi yang melalui jalan zamrud 5 … taman sri nanding .
semangat akak kini tertumpu disitu … bagi yang nak tahu rahsia : pokok ini tumbuh melata ditaman rumah anak akak.Benihnya mungkin disebarkan oleh burung. Bila akak baja dan dan melihat perkembangannya … hati semakin teruja. Jiran keliling sentiasa memerhati juga perkembangannya .. ramai jiran memetiknya . semalam pintu rumah akak diketuk kuat ..akak terkejut mendengarnya. Bila buka ..seorang jiran datang untuk membeli cili tersebut ..katanya dia dah beli budu …cili tersebutlah yang sesuai untuk budu … lantas tanpa fikir panjang , akak terus mengutip bersamanya …
Hati akak menjadi puas , bila jiran datang memetiknya ..kata mereka pokok yang sama mereka tanam ada yang mati …ada yang tumbuh tidak seperti pokok yang mereka lihat : nanti akak kongsikan kan cerita cilipadi ini di episod yang akan datang ..akak sibuk sangat ni … sebab jiran sebelah rumah buat kenduri kawin anaknya …
nak tahu rahsia tanaman lain sila ke DUNIA HERBA
Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok cili padi ni turut memilikikhasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.
Daun Pokok Cili Padi
Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.
Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.
Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.
Akar Pokok Cili Padi
Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.
Petuanya – anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.
Begitulah sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat saya kongsi dengan anda. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga.
Maklumat ni akak salin dari :: https://petuasejagat.blogspot.com/2011/06/7-khasiat-pokok-cili-padi.html#ixzz2QXqLoK9u
Nak benih sila sms akak atau call 017 3980193 ..