Asalamualaikum / Salam Sejahtera Sahabat .. Maal Hijrah datang lagi , ada berita gembira ,ada duka .. Gembira kerana kita terus hidup dan bernafas , masih lagi boleh menyedut udara nyaman, berkarya , buat apa sahaja mengikut hati dan perasaan demi mencapai impian , namun ada kala kita berduka atas sebab-sebab kesihatan kerana kita semakin tua untuk menentang arus maya tiada sempadan ini.
Saya memohon maaf kerana saya terpaksa menukar theme Blog ini kerana Zainabs Garden telah di ganggu ( hack ) / di godam oleh insan ( orang asing ) yang tidak saya kenali dengan cara mengekalkan link jual viagra online. Jalan terbaik adalah menukar themenya. Jadi saya harap pengunjung blog ini terus melawatnya dan sekiranya ada komen-komen terhadap apa saja isi kandungan yang terdapat dapat dalam blog ini , sila komen di facebook . Sebab saya terpaksa tutup komen disini kerana terlalu banyak spam. Terima kasih kepada pengunjung yang sebahagiannya terus menjadi pelanggan.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua. Selamat menyambut Maal Hijrah walaupun sudah melebihi tarikhnya , namun harapan saya kita terus berhijrah mencari Allah yang Satu dan mengenali Nabi Muhammad s.a.w. dan semuga rezeki kita mendapat limpahan seperti Abdul Rahman b. Aof. Amin Ya Robbal Alamin.