Pening kepala hari ini ditambah dengan cuaca panas,jalan sesak,parking penuh,tempat jualan bunga di Sg buloh,Selangor lagi sesak dengan ragam pembeli bunga , bukan dikalangan Kaum Cina sahaja yang akan menyambut tahun baru, malah peminat bunga pelbagai bangsa. Aku semacam gila melihat bunga berkembang disana-sini. Lihatlah gambar yang sempat aku ambil buat mencuci mata anda semua
Sesungguhnya Perniagaan bunga jika diushakan secara berterusan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Peluang yang diberikan oleh Allah ini jarang diushakan oleh kaum Melayu. Sudah mencecah 25 tahun aku terlibat secara langsung memasarkan bunga-bungaan, benih dan tanaman lain.
Nak tahu bagaimana idea itu datang … satu masa dahulu , aku suka melihat perempuan tua ( Kaum Cina ) menjual bunga ros,cili,dan lain-lain di tepi Pasar Besar Kuala Lumpur, ketika tu aku seorang guru tabika, setiap sabtu kami terpaksa lalu kawasan tersebut untuk jalan pintas ke Bus stand Klang .. Sebab setiap hari Sabtu kami ada meeting.
Aku kagum melihat mereka berniaga. Terfikir dalam hati aku teringin nak berniaga macam mereka. Dipendekkan cerita, aku berhenti kerja dan berniaga secara kecil-kecilan , menyewa pokok dalam pejabat dengan bantuan seorang rakan kongsi. Kemudian menambahkan perniagaan menjual baja dan bunga di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail,Kuala Lumpur. Sebenarnya inilah impianku ..Ia telahpun menjadi kenyataan . Namun perasaan puas belum lagi aku kecapi. Aku akan terus berusha agar diriku dan bunga tidak dapat dipisahkan.
Harapanku agar aku dapat terus mencurahkan idea dan info tanaman melalui ebook aku sendiri . Dan kepada peminat-peminat bunga yang ada disekitar Lembah Klang , jangan segan silu untuk bertanya. Tanya sama pokok apa sebab goyang ..nanti jawab pokok tanyalah zainab – 017 3980193.
Tonton Vedio Sexy ni … bunga dan wanita bersatu dalam lagu.