Tumbuhan ini sedap dijadikan ulam dimakan bersama nasi ikan bakar dan sambal. Hmmm … sedapnya .. Bila tiba waktu makan tengahari saya pasti keluar mencari ulam terutama pokok ini ..pokok sambung nyawa . Saya pun tidak tahu bagaimana namanya dipanggil begitu , tapi tumbuhan ini mampu mengurangkan kolestrol, menurunkan darah tinggi dan kencing manis , penyakit kancer dan buah pinggang.
Rasanya lemak , senang tumbuh. Ditanam melalui keratan dan senang membiak diatas tanah subur dan lembap.
Siput babi juga penggemar tumbuhan ini. Jangan terkejut tiba-tiba sahaja daun menjadi botak , anda terpaksa berebut dengan sidia , kalu dia masih berkeliaran di tanaman anda itu .. senang jer pindah kan dia ketempat lain atau campakkan kedalam parit ….. kesian juga yer .. nak bunuh dia gunakan saja racun siput ….
Jom kita amalkan makan ulam supaya badan sentiasa sihat.