Sebagai janji akak kepada peminat-peminat Nresepi2u di Facebook , akak akan menulis resepi-resepi mudah yang boleh kita masak bila bila masa terutama ketika kita didapur. Kadang-kadang kita selalu beli jer di supermarket, atau Babu yang jual roti …tapi kalu kita buat lagi sedap . Diruangan ini akak cuba memenuhi permintaan adik-adik semua . Sebelum ni page tersebut dikenali sebagai Panresepi … Dimana akak sajikan 4o menu terbaik ..masakan dengan menggunakan Periuk Ajaib Noxxa . Ebook tersebuk RM 10.00 jer.
IKLAN …. Jangan biarkan jadual yang sibuk menghalang anda menikmati hidangan enak yang dimasak sendiri dirumah . Melaburlah dengan periuk Tekanan Multifungsi Eletrik NOXXA untuk cara memasak hidangan yang lebih cepat dan mudah setiap hari.
jimat masa jimat tenaga
Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi : Memasak pelahan / Tekanan rendah / Tekanan tinggi / Kukus / Kacau / Goreng Memasak : Nasi putih / Nasi beriani / Nasi ayam/ Nasi lemak / tomato – 5 – 8 minit .Sup ayam – 1 minit/ kari ayam – 2 minit / sayur lemak – 1 minit. Rendang ayam pencen – 30 minit . Sop tulang – 45 minit Bubur pulut hitam ( tanpa rendam ) / Bubur kacang hijau – 15 minit . Pulut kuning – 3 minit . Nasi Goreng – 7 minit . Merebus : Ubi / jagung-3 minit. Pucuk ubi/jantung pisang – 1 minit Ketupat – 20 minit .Menggoreng : Pop Corn – 1 minit. dan lain-lain lagi Harga : RM 695.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )Hubungi kami sekarang : Zainab – 017 3980193 emel: zainabgarden16@yahoo.com EBOOK – 40 resepi terbaik menggunakan periuk ajaib – RM 10.00 jer
4. Ayam Asam Pedas 5. Ayam Massalla 6. Ayam Masak Merah 7 Ayam Golek 8. Ayam Goreng Istimewa 9. Bubur Nasi 1 0. Bubur kacang 11. Bubur Caca 12. Daging masak kicap 13. Daging Goreng 14. Ikan kukus Nyonya 15. Ikan masam manis 16. Ikan masak tempoya 17. Kari nasi dagang 18. Kurma Ayam 19. Kari Madura 20. Kari Daging 21. Meehoon Goreng 22. Mee Rebus 23. Nasi Lemak 24. Nasi Beriani 25. Nasi Ayam 26. Nasi Dagang 27. Nasi Daging 28. Nasi Tomato 29. Pengedil kentang 30. Pulut kuning 31. Rendang Ayam Pencen 32. Rose Daging 33. Sup Ayam 34. Sup Tomyam 35. Sup Tulang 36. Udang Mentega 37. Udang Goreng Sari Limau 38. Spaggeti 39. Sambal Belacan / Air Asam 40. Kuah kacang
Resepi atas Permintaan dari Facebook ..khas untuk rakan-rakan . Selamat Mencuba … —————————————————————————————————————————————Resepi 1 : SRIKAYA
bahan – bahan :- 1 kilogram gula pasir – asingkan 1 cawan untuk digoreng sehingga perang. 6 biji telur ayam .. 1 biji kelapa – perah jadikan 2 cawan santan .. 2 helai daun pandan jika suka Cara Membuatnya : 1. Telur , Santan dan gula dipukul sehingga menjadi satu adunan …. 2. Panaskan kuali …. goreng gula hingga separuh hangus ( perang ) .. masukkan adunan ( 1 – telur/santan/gula ) masukkan daun pandan kacau pelahan dengan api yang sederhana sehingga pekat .. 3. Angkat dan sejukkan … simpan dalam botol kecil …. * boleh makan bersama, roti, pulut ,lempeng dan lemang ..Hmmmm …sedapnya —————————————————————————————————————————————–Resepi 2 : — IKAN KELI BAKAR
Ikan Keli dibasuh /ramas bersama daun pisang untuk menghilangkan lendirnya . Tos dalam penapis , kemudian gaul garam dan kunyit. Isikan ikan dalam pembakar , bubuh sesudu makan mentega , bakar hingga masak diatas api yang sederhana. Ikan baKar siap untuk dimakan p/s : Semasa membakar … 15 minit jika ikan sudah gareng alehkan bakar selama 15 minit lagi ….JANGAN SAMPAI HANGIT TAU !!!!!
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..Resepi 3 : Mayonese – Buat Sendiri
Lepas ni dah tak perlu lagi beli mayonise di kedai . Jom buat sendiri sahabat .. jom semak resepinya -mayonise homemade Bahan :- 2 biji telur ayam2 sudubesar cuka
1 suduteh garam ..2 suduteh gula
1 cawan minyak masak
Cara membuatnya
Blend ( kisar ) semua bahan dalamasa 15 minit, masak sekejap bila dah a beketul2 , tutup api . Tapiskan minyaknya,biarkan sejuk kejap lepastu kisar (blend ) hingga halus.. SIAP
p/s : Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Resepi 4 : SNOW CHEESE CAKE
Bahan kek
6 biji telur gred B ( 2 drpdnye di buang putihnya )
100g tepung superfine (ayak )
60g tepung jagung( ayak )
100g gula kastor
1 sudu teh baking powder( ayak )
2 sudu teh ovallete
50g air sejuk
75g mentega ( cairkan )
Cara Membuatnya ..
1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas kecuali mentega.
2. Putar hingga putih gebu.
3. Masukkan mentega,gaul sebati.
4. Bakar selama 45 minit- 1jam suhu 150’c.( ikut oven msng2 )
5. Bila dah sejuk potong kek pada 2.
Bahan Filling
250g cream cheese
5 sudu besar susu pekat manis
Cara membuatnya
1.Campurkan semua bahan,putar sebati.
2.Jika filling nampak sedikit cair,masukkan dalam peti sejuk 10 minit.
3.Setelah itu boleh digunakan.
Bahan Hiasan
1 ketul cheese cheddar ( di parut )
Cara Membuat Snow Cheesecake
1. Ambil 1 keping kek sapu filling diatas kek dan ratakan.
2. Kemudian ambil 1 keping kek lagi dan sapu filling pada seluruh badan kek.
3. Akhir sekali tabur cheese cheddar pada seluruh kek.
4. Simpan kek dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dipotong.
Selamat Mencuba ..