Himpunan bunga-bunga wangi
Bunga-bunga wangi selalu dikaitkan dengan pengamal perubatan untuk mandi bunga.
Bagi pereka lannskap – bunga wangi ini akan menghasilkan aroma taman yang mengkagumkan terutama diwaktu malam. Bila matahari hilang dari pandangan bunga-bunga ini harum mengikut haruman yang diberi oleh penciptanya. Bagi peminat bunga terutama wanita bunga wangi sangat sinonim dengan mereka. Ada yang gila pelbagai bunga wangi , ada yang gila bunga mawar ( ros ) dan sebenarnya bau wangi dapat menaikan semangat dan mententeramkan jiwa. Bunga mawar sahaja mempunyai pelbagai warna dan jenis . Lihatlah himpunan bunga wangi yang dapat saya muatkan disini …Nak beli sms jer saya : 017 390193 ATAU watsapp gambar bunga tersebut. In sya Allah akak carikan.
Tumbuhan Honeysuckle adalah jenis tahan lasak dan wangi yang ditanam dengan penjagaan yang sangat sedikit. Ia boleh menjadi rendang dan perlu dicantas mengikut keperluan. Bunga berwarna merah, merah jambu, oren, putih, dan kuning .
Nama Saintifik: Lonicera spp.
Berbunga sepanjang masa
Memerlukan cahaya panas yang cukup dan baja agar sentiasa berbunga . Tinggi 15 kaki keatas dan spesis ini suka memanjat.
Penggunaan Air: Sederhana