Roselle

Roselle

Roselle

 

1. PENGENALAN.

Tanaman Roselle atau nama saintifiknya: Hibiscus Sandariffa L dari keluarga
Malvaceae atau di kenali dengan tempatannya Asam Paya atau Asam
Kundang . Terdapat lebih dari 300 jenis Roselle di seluruh dunia terutama yang beriklim tropika seperti Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia
Roselle merupakan sejenis tanaman yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Buah Roselle kaya dengan vitamin A dan C serta mineral ( kalium dan kalsium )

Khasiat buah Roselle

• Membantu peredaran darah dengan baik
• Mengurangkan tekanan darah tinggi
• Membanteras penuaan ( awet muda )
• Bahan antioksijan –boleh mengurangkan resiko ketumbuhan barah
• Melawaskan kencing

Kegunaan buah Roselle

• Jus minuman
• Jem
• Halwa
• Jeli
• Jeruk
• Pewarna makanan
• Minuman ( tea )
• Kapsul dan industri kosmatik

2. JENIS ( VERIETI )

Kebanyakan jenis yang di tanam di Malaysia adalah dari jenis roselle UMKL. Pokoknya tumbuh menegak boleh mencapai hingga 2 meter tinggi dan akan melentur rebah apabila berbuah. Dahan dan tangkai daun berwarna merah. Daun berwarna hijau 7-15cm panjang dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang runcing dihujungnya.

Bunga Roselle keluar dari sendi daun berwarna kuning muda dan merah jambu. Buahnya berwarna merah dan mempunyai 5 kelopak yang boleh mencapai 4-5cm apabila matang. Ditengahnya terdapat kapsul yang berisi biji benih yang berbentuk seperti ginjal. Ianya berwarna putih kekuningan dan bertukar menjadi coklat setelah matang.

Buah rosel

Buah rosel

bunga roselle

bunga roselle

3. KESESUAIAN TANAH DAN IKLIM

• Sesuai di tanam di kawasan dimana sahaja asalkan mendapat matahari yang cukup dan pengaliran air yang baik.
• Tidak sesuai ditanam pada musim hujan ( tengkujuh ) kerana akan menghadapi masalah serangan penyakit kulat pada daun, batang dan buah.

4. BAHAN TANAMAN

Roselle dibiak dengan menggunakan biji benih. Sebelum menanam biji benih perlu disemai dalam dulang semaian atau polibag. Anak semaian perlu diletak dibawah teduhan dan disiram selalu bagi mendapat anak benih yang subur dan sihat.
Selepas 14 hari anak benih kerukuran 15-20cm tinggi sesuai untuk ditanam samada dalam dalam pasu, atau ke ladang.

5. PENYEDIAAN KAWASAN

Kawasan hendaklah dibersihkan, digembur. Campurkan tanah tersebut dengan baja organic dan kapur supaya menjadikan kandungan tanah lebih baik. Biarkan selama 2 minggu

6. PENANAMAN

Jika di tanam dalam pasu pastikan pasu besar . Jika diatas tanah, korek lah lobang lebih kurang 0.5 meter persegi dan masukkan tanah yang telah dicampur tadi. Keluarkan anak benih dari polibag atau dulang semaian dan tanamlah dalam lubang yang disediakan atau kedalam pasu.
Elakkan menanam dimusim hujan.

7. PEMBAJAAN

Peringkat awal gunakan baja organic dalam masa 3 bulan – ditabur 2 minggu sekali. Selepas itu gunakan baja NPK 12.12.12.17.2 seterusnya sehingga mengeluarkan hasil.

8. PENGAIRAN

Siram 2 kali sehari – pagi dan petang. Jangan biarkan air bertakung , sebab akar menjadi rosak, dan pokok akan mati.

9. KAWALAN RUMPAI

Cabutlah rumput keliling pokok semasa rumput masih kecil , boleh guna racun tapi hati-hati supaya tidak merosakkan pokok roselle

10. KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Penyakit kulat: Reput daun dan reput batang selalu berlaku pada musim hujan. Gunakan racun kulat Carbendazin ( Bavistin ) atau Mancozeb ( Dithane M-45 ).
Bena hijau , kumbang dan kutu ( Podocrica, gemelle , Phyilloreta spp ) Serangga ini akan menghisap cecair pokok akan menyebabkan daun menjadi kerinting. Gunakan Deltamethrin/Fenvalerate atau calbarvl untuk mengawal serangga ini.

11. PENUAIAN HASIL

Jika di jaga mengikut peraturan yang ditetapkan, buah roselle boleh di petek 75 -80 hari selepas ditanam , selang 10 hari untuk buah yang berikutnya.

12. PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Selepas di tuai , basuhlah bersih-besih, dan buatlah minuman sirap, jus ,jem dan sebagainya. Untuk sirap : resepinya seperti berikut:

Jus Roselle

Jus Roselle

1 kilo roselle
1 kilo gula pasir
1.5 liter air

Cara membuatnya : Buangkan biji dan basuh bersih roselle . Rebus sehingga mendidih dan lembut, kemudian masukkan gula. Biarkan sehingga pekat. Kemudian toskan.
Jadilah pati syrup roselle. Dijual dengan harga RM 10.00
Hampas roselle tadi jadikan jem – dengan menghancurkan
Masak terus sehingga pekat. Boleh di makan bersama roti atau dijual ikut RM yang anda suka.

Selamat Mencuba ..

Rujukan Jabatan Pertanian

Share