Menumpang Kasih

Asalamualaikum sahabat

Petang ni sahabat, terpanggil saya untuk menukilkan kesah hidup seekor ayam bentina yang mencari tempat

Menumpang kasih

Menumpang kasih

perlindungan semata-mata untuk bertelur dan mengeramkan telurnya itu. Satu pagi Si Ibu memanjat tempat tinggi lalu terjumpa tempat yang agak selamat iaitu almari kasut dirumah anak ku .. Sibapa hanya memerhati dari bawah.Selepas bertelur sebiji dia terus berketak memberitahu orang kampong yang dia dah bertelur. Sebelum ini dia bertelur ditempat buang sampah , semua telurnya pecah dan rosak. Aku memerhati dari jauh, untuk menyelamatkan telur itu aku masukkan dalam kotak beralaskan kain. Yang aku pasti ayam ini tidak bertuan, tidur atas pokok mangga. Alangkah gembiranya hati aku bila dia berjaya bertelur  sehingga 12 biji , tapi malangnya 5 biji telurnya telah menjadi habuan sikucing. Dan aku pula selalu memberi mereka makan hasil makanan terbuang dari rumah anak ku. Aku memberitahu cucuku yang berumur 5 tahun agar selalu memerhatikan keadaan ayam tersebut.

Dia selalu menceritakan kepada ayahnya tentang perkembangan ayam  tersebut. Sampailah ketika siibu duduk diam dalam kotak turun sekali sehari untuk makan. Bila 7 ekor anaknya lahir , datanglah sibapa mengganggu sambil mencari habuan. Sehari mati dua ekor kerana jatuh dalam longkang besar , akhirnya kesemuanya mati kerana mencari makan bersama anak-anaknya ditempat yang sangat bahaya anaknya kesemua jatuh kedalam longkang besar. Sibapa terus mengejar beberapa ekur ibu yang lain untuk memuaskan nafsunya.

Siibu bertelur lagi , tapi kali ini  dia tidak mampu lagi panjat tinggi  , aku letakkan si ibu dalam kotak di bawah , dia tetap bertelur tapi tidak berketak , aku memerhati perkembangan siibu , dia tidak mampu lagi untuk berdiri , takmahu makan , rupanya siibu  sakit … aku letakkan air dan sedikit nasi dalam kotak , akhirnya ada sedikit kekuatan .. Tiba-tiba cucuku memberitahu bahawa siibu telah hilang dari kotak. Aku amat terkejut , entah kemana di pergi , sampai hari ini hilangnya tidak dapat dikesan. Itu kisah si ayam , begitu juga sikucing cat , selalu aje dibuang oleh mereka yang tidak berhati perut. Bila aku membersih halaman rumah anakku , SiJantan akan bekerjar kepadaku untuk mendapatkan sejenis akar tumbuhan yang dinamakan Kucing Galak . Apa khasiatnya mungkin kuncing jantan saja yang tahu.  Begitulah kehidupan ini , itu ayam dan kucing yang terbuang ..bagaimana pula jika terjadi kepada kita manusia .

Sebagai hamba Allah kita juga menumpang kasih daripada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang . Sebab tu kita kenalah rasa prihatin kepada ibu bapa yang terbuang, anak-anak yatim dan mereka-mereka yang sentiasa diduga oleh Allah dengan dugaan yang sangat teruk . Anak-anak yang kurang pendidikan agama yang sanggup menghumban ibu-bapa kerumah orang tua-tua apalagilah yang terjadi kepada keluarga lorong yang di pinggirkan. Sifat kasih sayang perlu ada pada diri kita agar kita menjadi insan yang ikhsan.

Share