Novel

Dia Bagaikan Malaikat

Dia Bagaikan Malaikat

Dia Bagaikan Malaikat

Tiba-tiba dia muncul dalam mimpiku setelah sekian lama aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal padanya. Aku tidak sedikitpun merinduinya apatah lagi untuk mencari dirinya yang sekian lama hilang .

Malam itu aku sedar bahawa aku sedang sakit. Tenagaku telah hilang 10 kg akibat beban derita yang ku tanggung. Yang pasti aku telah ditegur oleh Izrail atas kelalaian ku. Malam itu aku solat Isyak  seolah-olah buat kali terakhir … Aku mohon kepada Allah agar mengampunkan segala dosa-dosa yang ku lakukan. Aku mohon kemaafan buat diriku dan sahabat semua. Aku mohon agar Allah menerima segala amal kebajikan ku. Aku amat sakit ketika itu. Sedikit pun tidak terlintas difikiranku untuk mengingati dia ..

Dia yang dulu kecil bersama ku tanpa kasih-sayang seorang bapa. Bapaku pergi ketika aku sangat-sangat memerlukan kasih-sayangnya. Bapanya pergi entah kemana meninggalkannya sejak dia dilahirkan. Kami anak yatim … Allah pertemukan kami sebagai sahabat setia dari Darjah satu hingga Tingkatan 5 , seiring dan sejalan. Setiap kali aku ketinggalan bas ..dialah yang menghulurkan basikalnya untuk ku, manakala dia akan menggunakan basikal tua milik ibunya.Dialah jiran yang akan segara mengejutku ketika aku terlena , kerana bas telah menunggu dijalan raya .. Oh..Indahnya persahabatan itu. Kami sama-sama kesekolah dari pagi hingga kepetang. Dan ibu kami yakin kerana kami saling memerlukan bimbingan.

Malam itu kehadirannya membawa bekal untuk dimakan bersama. Kami duduk diatas bangku tepi sebatang pohon Rhu dihadapan sekolah. Dia membuka bekal untuk dimakan bersama. Tapi aku tidak berselera langsung. Aku cuma melihat dia menghabiskan makanan yang dibawanya.

Aku jadi tenang ketika itu, zaman sekolah , nostalgia yang tidak dapat dilupakan. Tapi kenapa dia datang lagi dalam mimpiku. Aku rasa macam ada kekuatan dari mimpi itu agar ku bangun untuk meneruskan hidup. Berbekalkan diri yang longlai ini aku hadapkan mukaku ke cermin mekap di tepi katil …

Jam dinding ku menunjukkan 5.30 pagi , sebentar lagi   berkumandanglah azan dari Surau AL Munir .  Suara yang sayu Bilal Ghafuur itu mengejutku supaya sujud kepada ALLAH  yang Maha Pemurah lagi Penyayang . Sugulnya rupaku seakan wanita tua yang menunggu saat mati . Aku kebilik air , mandi dengan harapan semangatku dipulihkan semula oleh Allah.

Dengan nama Mu , Ya Allah , Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Aku berlindung denganMu dari rasa sedih dan gelisah , Aku berlindung denganMu dari rasa lemah dan malas,Aku  juga berlindung denganMu Ya Allah daripada sikap pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Ku labuhkan diriku dihadapanmu Ya Allah …

Engkaulah Tuhan ..Tiada Tuhan yang ku sembah  melainkan ENGKAU Ya Allah

Engkau yang menjadikan aku , Aku ini hambamu Ya Allah. Aku berada dalam menyempurnakan janjiku, janjimu, dan tanggungjawabku kepadamu Ya Allah. Aku sedar Ya Allah segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku,aku sedar  Ya Allah segala dosa yang aku buat .. Ampunilah aku Ya Allah .. Ampunilah Aku Ya Allah , ampunilah aku Ya Allah, sesungguhnya Tiada yang dapat mengampunkan aku kecuali Engkau Ya Allah. Ya Allah, hanya Engkau yang aku maksud, keredhaan Engkau yang aku tuntut . Tiada daya aku Ya Allah untuk menempuh dugaanMu ini. Maafkan aku Ya Allah.

Oh…..tenangnya … tiba-tiba jiwaku terpaut pada mimpi malam tadi .. Siapa Dia?

Adakah dia sahabatku ..yang masih ada rindu padanya buat sahabatnya  seperti aku. Terima kasih ya Allah , kerna Kau hadirkan dia sebagai  semangat buat ku. Maafkan aku sahabat , memang aku sedar segala pengorbananmu dulu .. namun kita telah memilih jalan sendiri ..jalan yang memisahkan kita walaupun ketika itu aku terpinga-pinga dan tidak mengenal erti cinta.

Apa ertinya jika ketika ini  baru aku sedar tentang dirimu . Sudahlah sabahat. Sebab setiap yang berlaku adalah kehendak dan pilihan Allah semata . Kita hanya  merancang , tapi yang menentukan takdir adalah DIA. Ketika aku sedang menderita dengan dugaanNya , kau hadir dalam mimpiku. Itu pun sudah cukup bagiku kerana kau masih merindui aku . Segalanya nikmat dari NYA  yang dapat membantu aku untuk  terus hidup.

Ketika kita remaja dulu .. kitapernah datang bersama melihat wajah Kota Indah Kuala Lumpur. Aku  mengajak kau berhijrah , namun kau memilih bumi Felda untuk meneruskan perjuangan bangsa. Aku bukan ingin mengejar  kehidupan yang selesa namun aku juga ingin berjuang untuk meningkatkan kehidupan bangsa. Hari ini kau megah berdiri sebagai pendidik . Anak-anak Felda telah berjaya ke menara gading menukar kehidupan dari miskin kepada selesa dan kaya , manakala aku juga megah berdiri bersama kaun Cina untuk  melihat bangsaku bangun bersama berjuang  dalam arena perniagaan mereka. Hidup  dibandar ini   penuh pancaroba sahabat . Dari rumah  setinggan aku berhijrah ke rumah pangsa, dari rumah pangsa ,berhijrah pula ke rumah dalam taman. Cukuplah bagiku sahabat , bagiku itupun sudah cukup selesa buatku dan keluarga. Itulah syurga ku bersama suami dan anak-anak tersayang.

 

Seharian itu aku memilih untuk berehat sehingga kesihatanku pulih sepenuhnya. Diluar hari semakin redup ,angin kencang dan  ribut akan hadir bersama hujan, aku melihat jam dinding ku menunjukkan pukul 4.00 petang. Aku teringat kampung yang telah 30 tahun aku tinggalkan. Setelah  ibuku pergi meninggalkan dunia ini , aku juga tidak sanggup lagi tinggal kesunyian dikampung . Mungkin kau ada dikampung ketika ini , sambil merenung teratak ibuku yang sedang sujud menyembah bumi penuh dengan selaput tunggul. Rumah yang dulunya menyimpan segala rahsia kita semasa kecil hingga remaja, kini hanya kelawarlah keluar masuk rumah itu. Setiap hadirnya Hari Raya Korban ( Raya Haji ) kau pasti mengingati peristiwa itu .. Hari Perkahwinanku . Aku sedar kaulah yang amat sibuk mengukur kelapa untuk menu kenduriku serta membantu kerja-kerja lain sehingga majlis selesai. Selepas itu aku hilang mengikut suami .

 

Hujan diluar mengingatkan aku tentang susah senang kita membantu ibu dikampung. Ketika aku pulang untuk melahirkan anak sulungku , kau lah yang selalu bertanyakan ibuku tentang keadaan aku. Masih aku ingat lagi , kau adalah orang keempat  yang menyambut bayi sulungku  dan kau seakan bapa kepada bayiku sedangkan bapanya berada jauh diperbatasan. Kaum cium bayiku . Kau lebih kerap melawatku dan membantu ibuku membeli keperluanku. Terima kasih sahabat.

Masihku ingat lagi ketika di Sekolah Menengah dulu. Aku melantik dirimu sebagai pengawal peribadiku dari gangguan Awang si tukang kebun tu . Sekeping nota yang bertulis ” Adikku sayang ” selalu sahaja ada didalam mejaku. Aku jadi hairan bagaimana Awang boleh tahu dimana aku berada, kerana aku selalu tukar tempat dalam kelas dengan harapan aku tidak melihat cebisan kertas yang tertulis ‘Adikku sayang ” itu . Siapa yang menjadi pengintip sehingga kemanapun aku pindah tempat, Awang tetap tahu. Setiap lukisanku yang dipapar di Perpustakaan sekolah ada tandatangannya. Dan yang lagi mengejutkan aku , tiba-tiba sahaja aku jadi separuh benci kepadamu adalah ketika pelbagai majalah hiburan kau sogokkan pada ku. Aku yang dahagakan maklumat  ketika itu amat kecewa  setelah aku tahu bahawa semua majalah itu kepunyaan Awang. Subhanallah. Manisnya ketika itu bila aku tanpa sedar menumbuk belakangmu bertalu-talu kerana geram ,  kau hanya diam membisu. Untuk memujuk hatiku ,  kau belikan aku buku resepi yang padat dengan masakan kampung. Aku pasti yang kau dapat agak kemana aku selepas itu.

 

Masih ku ingat lagi  sahabat .bila tiba musim raya , kau selalu bertanya aku ” apakah aku akan masak mengikut resepi dalam buku tersebut. ” Aku  diam sahaja. Namun pagi-pagi lagi kau sudah menerima Nasi impit dan rendang ayam  kan ? Ingat tak lagi sahabat , ketika rakan kita , Ah Moy dan  Cheng  Ong perlu kan baju kurung , kau pinjam baju kurung aku. Dan bila Har Chye dan Ah Chong perlukan baju Melayu , aku pinjam baju Melayu mu . Kita berhari raya kerumah sahabat lain , dan aku jadi pembonceng basikal mu . Indahnya persabatan kita sahabat.

Anak-anak Cina tu makan sampai termuntah-muntah, mabuk rendang dan lemang.

 

Ingat tak lagi ketika cuti kita memanjat pokok jambu bersama selepas penat bermain lumpur di Sungai Semambu ? Kita makan buah tersebut sekenyang mungkin, tiba-tiba  ditegur oleh ibuku  kerana kita lupa yang kita sedang berpuasa. Nakalnya kita . Lepas tu kita main pondok-pondok yang pondok tersebut kita bina sendiri . Berbekalkan parang kontot , kita tebang kayu-kayu hutan untuk jadikan tiang ,kita redah belantara Semambu untuk mencari daun nipah, kita anyam buat atap untuk  melindungi pondok kita dari hujan. Kita dah sekolah menengah ketika itu , tetapi kita terus menjadi kanak-kanak bermain pondok . Kita buat kueh dari tanah liat , sepiring untuk kau siap segera .  Bila ibu kita panggil, kita terus menutup pondok kita , dan terus membantu ibu. Sahabat .. sahabat ..kenama kan kucari kau , kerana aku ingin gemgam erat tanganmu sebagai tanda sayangku padamu.

1436H .. Ramadhan datang lagi .. Kepala ini sudah seminggu sakit , pelbagai ubat ku telan demi memberi kekuatan jasad bagi menghadapi Ramadhan kali ini. Mampukah aku untuk berjuang lagi .. Tenagaku yang semakin lemah amat ketara bila mentari mula terbenam . Mata ini bagaikan ada batu berat yang memaksa ku tidur bila senja tiba.

Ya Allah berikan aku sedikit kekuatan lagi agar dapat ku tempuhi Ramadhan mu dengan penuh redha .  Aku habiskan magribku dengan beristigfar hingga kewaktu Isyak sambil menatap berita di TV AlHijrah. Berita yang memaparkan kisah kapal tangki hilang seakan-akan serupa dengan Hilangnya MH370 amat terharu. Tambahan pula dengan berita penemuan mayat Rohingya di Wang Klian seolah-olah menjadi satu fenomena yang membawa padah kepada Kerajaan Malaysia , di tambah pula dengan pendaratan 3000 pendatang baru yang mendarat dibumi ini juga memohon perlindungan . Apalagi dengan kesah menyayat hati gempabumi Kinabalu …

Segalanya membuat aku sedar bahawa dunia akan berakhir .. tanda-tanda kiamat satu persatu diperlihatkan oleh Allah .  Ya Allah pada mu aku mohon perlindungan .

Malam itu dia datang lagi menjengukku. Dia amat terkejut sambil merenungku dan anak kecilku ,  isterinya juga sedang memerhatiku dan ketika itu aku berada dirumah ibunya untuk menghadiri kenduri tersebut. Anihnya renungan itu membuatkan aku terjaga dari tidur.

Subuh itu aku bacakan Yasin dengan harapan agar pahala tersebut dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. roh sekelian para rosul-rosul,nabi-nabi,para ambiak ,para wali terutama sheikh Abd.Kadir Jailani,roh sekelian para malaikat,sekelian kaum muslimin,muslimat, nabi Allah Khidir,kedua ibubapaku dan diriku, suamiku dan kedua ibubapanya, kaum keluargaku, anakcucuku,datuknenekku,sabahat-sahabatku ..

Subhanallah … sebaik sahaja aku membuka telekung , aku rasa amat sihat dan tenang sekali . Kesihatanku pulih sepenuhnya. Insya Allah .. semoga aku dapat menjalani ibadah puasa dan yang lainnya dengan mendapat keberkataan dari Allah.  DUIT DHUHA

 

 

 

 

 

 

 

Share