Rahsia Limau

 

DUIT DHUHA

KHASIAT LIMAU PURUT

limau purut

limau purut

Nama Tempatan:Limau Purut
Nama Saintifik:Citrus Hystrix

Kegunaan:
1. Banyak digunakan dalam masakan dan kosmetik
2. Buah & daun limau dapat mencegah binatang berbisa seperti ular jika diupar-upar.
3. Untuk menghilangkan bau badan (bagi lelaki la terutamanya budak lelaki) masa mandi gosok limau purut yang telah dibelah dua pada seluruh badan kecuali pada bahagian muka. Amalkan dua kali seminggu. Insya Allah bau badan lelaki yg hamis dan hapak akan kurang dan hilang.
4. Untuk menghilangkan kelemumur, ramas dan lumurkan limau purut yang telah dibelah pada rambut.
5. Untuk menegangkan dan melicinkan kulit muka, ambil putih telur ayam kampung dan dicampur dengan perahan air limau purut dan sapukan pada muka macam pakai masker. jangan ketawa atau bercakap semasa memakai ramuan ni nanti kulit berkedut. selepas kering, cuci dengan air suam dan kemudian bilas dengan air biasa (air sejuk/ air paip). amalkan sekali seminggu

dipetik dari: https://abulanabinbolhi-rahsiaalam.blogspot.com/

KHASIAT LIMAU NIPIS

limau nipis

limau nipis

1) MENGURANGKAN MINYAK PADA WAJAH:

• Korang perah sebiji limau nipis jangan gatai nak perah sampai 10@100 biji pastu korang campur dengan satu sudu teh timun(ai perah timun) dengan titis pati bunga  ros (air mawar ala mustika ratu ada jual)..sapukan campuran ini di wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum membersihkannya…

2) MENGHILANGKAN JERAWAT:
• Potong limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam mangkuk.campurkan jus itu tadi dengansatu sudu teh serbuk sulfur. Kemudian, sapukannya pada bahagian wajah yang berjerawat.

3) MEMBERSIHKAN WAJAH:
• Tumbuk kacang pecan hingga hancur kemudian campurkan dengan jus perahan limau nipis dan kacau hingga rata. Cuci wajah menggunakan campuran ini selama 15 minit sebelum membilaskan seperti biasa.

4) MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM:
• Potong limau nipis kepada beberapa hiris dan tekapkannya pada kawasan wajah yang bermasalah selama 10 minit.

CORETAN ASAL DARI :https://beadbroochgadiskampung.blogspot.com/

RAHSIA LIMAU KASTURI

limau kasturi

limau kasturi

Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. 🙂

1 gelas air suam

1 sudu madu asli ( gunakan sudu plastik )

1/2 biji perahan air limau  ( lemon / kasturi atau limau nipis/lemon )

Bancuh dan minum setiap pagi  – pasti anda akan berasa cergas dan sihat.

1. Mengurangkan Lelah

– Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

– Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

2. Melegakan Pening Kepala

– Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

– Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. 🙂

3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

– Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak

Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

– Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

– Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

– Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.

5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

– Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

– Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

– Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

– Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?

 

Jus Lemon Madu

Jus Lemon madu

 

 

Lemon membantu merangsang sistem pencernaan dan menjadikan anda lebih bertenaga. Ia juga berperanan membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin….

 

??Pemusnah Sel Kanser??

Air lemon panas boleh menolong
anda seumur hidup

1. ?Lemon panas membunuh sel kanser.

2. ?2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh
menjadi air alkaline.

3. ?Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat
bagi siapa sahaja.

4. ?Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti
kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam
perubatan moden.

5. ?Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. ?Ibarat tomato, harus
dimasak terlebih dahulu baru blh muncul
Lycopene yg bermanfaat.

7. ?Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan
tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. ?Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak
merosak sel normal.

9. ?Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh
menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran
darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan
darah.

Selamat mencuba.

 

Share