Bagusnya Daun Pandan

Daun Pandan

Daun Pandan

Antara pokok WAJIB tanam dirumah. Boleh tanam di tanah, dipasu atau recycle sahaja seperti kami. Mudah tumbuh, Senang Jaga dan Sukakan air. Banyak kegunaanya seperti :


1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.

2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


3. Melembutkan Daging :   
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

4. Makanan tidak cepat basi :  Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

5. Melicinkan kulit :  Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

6. Pewangi alami :  Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil kedalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

7. Pewarna asli :  Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

8. Mengecutkan rahim :  Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

 

 

Share dari Facebook /  Zu Rita 

 

 

Share