Nikmat Ulam

1.  Ulam Raja -the King’s salad  – Cosmos caudatus     

ulamraja

ulamraja

Adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.    Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengankalsium dan vitamin A.

Ulamnya yang digelarkan “ulam raja” telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.

Sambung Nyawa

Sambung Nyawa

2 .  Pokok Sambung Nyawa  dipanggil juga sirehcina  ini dikatakan mampu mengubat kencing manis.

Setiapkali makan tengahari , ulam ni selalu menjadi makanan istimewa aku , kadang-kadang aku gandingkan bersama ulam raja dan daun kemangi atau selasih. Tapi kalu tak ada sambal belacan atau sambal kelapa ..ada ulam pun tak bermakna. Kerana mereka itulah regu yang paling setia.

3.  Kesum – Polygonum Extract

Kesum - Polygonum Extract‎

Kesum – Polygonum Extract‎

Untuk pengetahuan anda, terdapat  2 jenis kesum yang biasa di dapati iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.

Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena,vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium,kalsium dan fosforus.

Dari aspek dunia perubatan Melayu,herba yang bersifat panas ini dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara kelebihan daun kesum ini ialah :

  • ‎Menguatkan daya penglihatan
  • Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
  • Mengharumkan tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan ( Entri berkaitan tips mengatasi keputihan telah pernah saya siarkan. Jika berminat anda bolehlah membacanya di sini )
  • Mengatasi masalah kelemumur
  • Baik untuk wanita lepas bersalin

Suntingan dari blog :   Apacerita.com

 

Share