Baja

Draceana

Draceana

  DUIT DHUHA

Bagaimana anda membaja tumbuhan yang anda tanam ?

Tahukah anda tumbuhan juga seperti kita memerlukan makanan untuk hidup . Bila cukup keperluannya mereka akan tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang mengembirakan . Pokok bunga akan memberi kepuasan kepada kita dengan memperlihatkan kepada kita bunga yang cantik dan wangi. Pokok berdaun akan menjadi lebar dan berkilat, begitu juga buah ..cukup baja seperti mangga ..kadang-kadang sebiji mangga mencapai berat 1 kilogram sebiji ..puashati kan ..berjaya kita menjaga pokok hingga dapat memberi kepuasan kepada kita .

Baja ada 2 katogari :

Baja Organik – ialah baja yang terhasil dari najis ayam / kambing / lembu dan lain-lain haiwan termasuk manusia.Ada juga yang terhasil dari reputan tumbuhan dan tulang – dipanggil baja kompos . Pokok sangat gemar baja jenis ini.

Baja kimia – ialah baja yang dicipta dengan tambahan penggalak bunga / buah dan daun . Biasanya baja ini digunakan setelah pokok dewasa, kerana baja ini panas . Terlebih sukatan akan membuatkan pokok mati segera .

Baja juga ada beberapa bentuk dan rupa : Ada dalam bentuk biji / tablet / kepingan dan ada dalam bentuk air .
Apa pun bentuknya – tugasnya hanyalah menjadi makanan kepada pokok . Seperti kita juga ada makanan berat ada makanan ringan , ada yang mudah di hadam ada yang lambat.

Tumbuhan memerlukan makanan seminggu sekali . Selain baja , pokok juga memerlukan matahari dan air yang cukup. Tiga elemen penting ini cukup untuk tumbuhan hidup dengan subur.

Cara membaja : sebaiknya ikut peraturan yang tercatat di bungkusan bila anda membelinya. Jika baja dalam bentuk biji, kita hanya perlu tabur keliling pokok dan siram air setiap pagi dan petang.

Jika baja air – kita perlu juga ikut sukatan – selalunya 1 penutup botol bagi cecair yang pekat perlu ditambah dengan 1.5 litre air – jika suka boleh juga ditambah 2 titik malation ( racun serangga ) bagi mengawal penyakit pokok.
Cara membajanya adalah dengan menyembur cecair tersebut keatas pucuk tumbuhan, ranting, batang atau siram terus ke akar tumbuhan tersebut seminggu sekali – biasanya baja cecair ini digunakan untuk pokok orkid.

Bagaimana pula kalu pokok sudah tua – akar sudah merayau entah kemana – dan batang sebesar pemeluk ..caranya adalah dengan menyembur baja air paras 1 kaki dari pangkal pokok – dan sembur keliling pokok tersebut.

Baja buah, bunga dan daun – bertujuan untuk mempercepatkan pokok anda berbuah , berbunga atau melebatkan daun. Gunakan ikut sukatan, sebab baja ini panas.

Baja Organik - Ayam

Baja Organik – Ayam

Baja Organik  ( kumpulan reputan tahi ayam, lembu, kambing ,tulang,kerang dan ikan serta daun-daun reput ) sangat sesuai untuk permulaan tanaman. Bila tanaman sudah matang eluklah ditambah dengan baja-baja penggalak untuk mempercepatkan berbunga atau berbuah.

RM 10.00 sekilogram

RM 85.00 untuk 20 kg

Baja organik - kambing

Baja organik – kambing

Baja buah - 43

Baja buah – 43

Baja daun - 45

Baja daun – 45

Baja Bunga 47

Baja Bunga 47

Baja kimia No 43 / 45 / 47  berharga RM 5.50 Р500 gram

Share
Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>