Archive | January 2016

Jom berkebun

DUIT DHUHA

Selamat tahun baru 2016 sahabat .. Hari ini dah 7 hari kita berada didalam tahun baru .. saya harap kita kan terus berjaya menggapai impian. Hari ini saya terjumpa satu post istimewa dan ingin saya kongsikan dengan pengunjung semua … Kita masih tercari-cari kaedah yang betul untuk bercucuk tanam /berkebun. Kita ingin melihat hasil tanaman kita terus subur sedangkan kaedahnya kita tidak tahu .. Jadi teruskan membaca  k

anak pokok yg telah disemai dlm tanah camporan

anak pokok yg telah disemai dlm tanah camporan

Moh Buat Tanah Campuran

Kali ni teman nak share cara buat tanah campuran yang selalu teman buat … sebenarnya ada banyak cara lagi kalau kome cari di Google spt cara yang diajar oleh Jabatan Pertanian … tapi terpulang pada masing2 … asalkan pokok elok hidup/tumbuh subur udah ler … okay moh tengok apa bahan2 yang diperlukan …

Selamat Mencuba !

1. Tanah Hitam … teman guna tanah hitam jenis ni … tanah hitam ni tinggi kandungan humus/bakteria juga bertindak sebagai penggembur tanah … maknanya tanah tak mudah menjadi padat bila disiram setiap hari dan udara boleh tembus untuk akar bernafas melalui liang2 tanah

 

2. Tanah Merah … tanah merah ni bukan dari Kelantan … hehe gurau jer … tanah merah perlu ada dalam tanah sebab tanah jenis ini tinggi kandungan mineral (nutrien/baja semulajadi) selain sifatnya yang baik dalam memegang dan menyimpan baja/nutrien dalam tempoh yang lama … jadi tak perlu nak membaja tanaman selalu … biasanya 1 minggu 1 kali atau 2 minggu 1 kali … walaubagaimanapon tanah jenis ini mudah padat bila disiram selalu dan keras bila kering jadi akar susah nak bernafas dan tumbuh membesar di dalam tanah … oleh itu perlu dicampur bersama dengan tanah hitam/tanah kompos/tanah bakar …

 

3. Tahi Kambing … tahi kambing bertindak sebagai baja organik yang membekalkan nutrien kepada tanaman selain menjadi makanan kepada humus/mikrob dalam tanah … mikrob sangat2 penting di dalam tanah kerana dapat membantu akar menyerap nutiren/baja dengan lebih efisien dan juga menyuburkan tanah … penggunaan tahi kambing lebih baik berbanding tahi ayam kerana kurang bau … tidak panas dan lambat habis (slow release fertilizer) … tahi kambing juga tinggi kandungan Nitrogen penting untuk tumbesaran anak pokok dan daun baru dan juga sesuai untuk tanaman sayuran berdaun …

 

4. Tabur 2 bag tanah hitam tersebut dan buatkan seperti kawah ditengah2nya …

anak benih yg sedang membesar

anak benih yg sedang membesar

 

5. Taburkan 1bag tanah merah tadi di tengah2 tanah hitam tadi

 

6. Gaulkan kedua2 tanah tadi sehingga sebati ..

 

7. Selepas gaul kedua2 tanah tadi buatkan kawah di tengah2nya dan campurkan pula 2 skop besar        tahi kambing

 
8. Akhir sekali gaul tahi kambing tersebut bersama tanah2 yang telah dicampur tadi
9. Teman guna polibag 16×14 … boleh juga guna pasu atau apa2 bekas yang sesuai untuk tanam pokok yang besar
10. Isikan tanah campuran tadi ke dalam polibag/pasu … biasanya kalau

anak benih yg sudah tumbuh perlu di ubah untuk mendapatkan cahaya matahari yg cukup

anak benih yg sudah tumbuh perlu di ubah untuk mendapatkan cahaya matahari yg cukup

2 bag tanah hitam + 1bag tanah merah boleh dapat 2 setengah pasu … boleh juga tambah cocopeat bagi menjimatkan tanah … bawah isi tanah dan atas isi cocopeat … atau cocopeat digaul bersama tanah campuran
Selepas tanam boleh disiram dengan larutan baja AB … penggunaan baja AB adalah seminggu sekali atau 2minggu sekali … siram pada waktu awal pagi sebelum jam 10 … hari2 lain boleh siram air biasa …

Share