Archive | May 2015

Sambung Nyawa ( Gynura procumbens )

Tumbuhan ini sedap dijadikan ulam dimakan bersama nasi ikan bakar dan sambal. Hmmm … sedapnya .. Bila tiba waktu makan tengahari saya pasti keluar mencari ulam terutama pokok ini ..pokok sambung nyawa . Saya pun tidak tahu bagaimana namanya dipanggil begitu , tapi tumbuhan ini mampu mengurangkan kolestrol, menurunkan darah tinggi dan kencing manis , penyakit kancer dan buah pinggang.

Sambung Nyawa

Sambung Nyawa

 

Rasanya lemak , senang tumbuh. Ditanam melalui keratan dan senang membiak diatas tanah subur dan lembap.

Siput babi juga penggemar tumbuhan ini. Jangan terkejut tiba-tiba sahaja daun menjadi botak , anda terpaksa berebut  dengan sidia , kalu dia masih berkeliaran di tanaman anda itu ..   senang jer pindah kan dia ketempat lain atau campakkan kedalam parit ….. kesian juga yer .. nak bunuh dia gunakan saja racun siput ….

Jom kita amalkan makan ulam supaya badan sentiasa sihat.

Share

Belalai Gajah – Anti Kanser

Sabah Snake Grass

Sabah Snake Grass

Daun belalai gajah atau sabah snake grass ( Clinacanthus nutans )
Assalamualaikum Sahabat . Rasanya sekarang ramai dikalangan kita atau keluarga mendapat penyakit kanser. Adakah ini berpunca dari keturunan atau penyakit itu datang dari pemakanan kita?? Terlalu banyak memakan makanan segera dalam tin juga boleh membawa kepada gejala penyakit. Begitu juga air atau makanan yang disimpan dalam bekas plastik dan bekas polystyrene yang tidak selamat juga boleh membawa kepada kanser.

 

Daun belalai gajah  boleh membantu kita dari penyakit yang boleh membawa kepada maut iaitu KANSER. Sebenarnya agak susah untuk mendapatkan daun belalai gajah ini, tetapi oleh kerana tumbuhan ini telah ditanam secara komesil oleh kaum Cina , terdapat juga di nesery , dan saya juga turut menjualnya semata-mata kerana khasiatnya yang boleh mengubati pelbagai jenis penyakit terutama Kancer  seperti :
Uterus Cancer + Prostate Cancer + Breast Cancer + Lang Cancer + Leukemia Patiens + Dialysis Patiens + High Blood + High Uric Acid + Diabetes dan banyak lagi.

 

Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah 

  • Pesakit mengidap Uterus Cancer – Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.
  • Pesakit Lang Cancer tahap 3 – Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.
  • Pesakit barah buah dada Tahap 3 – Sudah bernanah didalam. Mengamalkan jus belalai gajah setiap pagi jam 3 dan mengamalkam pemakanan yang sihat serta buah2an. Alhamdulillah pulih dan ketumbuhan mengecut. Sekarang beliau meneruskan jus belalai gajah dengan mengurangkan kuantiti daun tersebut. Teh daun belalai gajah juga bagus diamalkan. Boleh baca selanjutnya cara membuat teh daun belalai gajah

 

Cara2 kegunaan daun belalai gajah / SSG mengikut stage penyakit :

Obat Kancer

Obat Kancer

  • Stage 1 : 30 daun setiap hari
  • Stage 2 : 50 daun setiap hari
  • Stage 3 : 100 daun setiap hari
  • Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari
NotaJika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah / sabah snake grass

  • masukkan setengah @ 2 gelas air dalam blender

    Jus Belalai Gajah dan Epal

    Jus Belalai Gajah dan Epal

  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 3 atau 4 pagi kerana waktu itu kanser dalam badan tidak terlalu aktif

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula + madu + ikan kembung + 7 angled fish + ray fish + daging ayam + daging itik + keladi + beras pulut + butter atau planta + durian + sarang burung + ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah

Semoga Allah dapat menyembuh penyakit kalian ( pesakit Kancer ) In Sya Allah .

 

Suntingan dari Blog Kongsibersamanora

 

Share
This entry was posted on May 26, 2015, in Business.

Bagusnya Daun Pandan

Daun Pandan

Daun Pandan

Antara pokok WAJIB tanam dirumah. Boleh tanam di tanah, dipasu atau recycle sahaja seperti kami. Mudah tumbuh, Senang Jaga dan Sukakan air. Banyak kegunaanya seperti :


1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.

2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


3. Melembutkan Daging :   
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

4. Makanan tidak cepat basi :  Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

5. Melicinkan kulit :  Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

6. Pewangi alami :  Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil kedalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

7. Pewarna asli :  Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

8. Mengecutkan rahim :  Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

 

 

Share dari Facebook /  Zu Rita 

 

 

Share
This entry was posted on May 21, 2015, in Dunia herba.