Archive | February 2014

Rahsia Limau

 

DUIT DHUHA

KHASIAT LIMAU PURUT

limau purut

limau purut

Nama Tempatan:Limau Purut
Nama Saintifik:Citrus Hystrix

Kegunaan:
1. Banyak digunakan dalam masakan dan kosmetik
2. Buah & daun limau dapat mencegah binatang berbisa seperti ular jika diupar-upar.
3. Untuk menghilangkan bau badan (bagi lelaki la terutamanya budak lelaki) masa mandi gosok limau purut yang telah dibelah dua pada seluruh badan kecuali pada bahagian muka. Amalkan dua kali seminggu. Insya Allah bau badan lelaki yg hamis dan hapak akan kurang dan hilang.
4. Untuk menghilangkan kelemumur, ramas dan lumurkan limau purut yang telah dibelah pada rambut.
5. Untuk menegangkan dan melicinkan kulit muka, ambil putih telur ayam kampung dan dicampur dengan perahan air limau purut dan sapukan pada muka macam pakai masker. jangan ketawa atau bercakap semasa memakai ramuan ni nanti kulit berkedut. selepas kering, cuci dengan air suam dan kemudian bilas dengan air biasa (air sejuk/ air paip). amalkan sekali seminggu

dipetik dari: http://abulanabinbolhi-rahsiaalam.blogspot.com/

KHASIAT LIMAU NIPIS

limau nipis

limau nipis

1) MENGURANGKAN MINYAK PADA WAJAH:

• Korang perah sebiji limau nipis jangan gatai nak perah sampai 10@100 biji pastu korang campur dengan satu sudu teh timun(ai perah timun) dengan titis pati bunga  ros (air mawar ala mustika ratu ada jual)..sapukan campuran ini di wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum membersihkannya…

2) MENGHILANGKAN JERAWAT:
• Potong limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam mangkuk.campurkan jus itu tadi dengansatu sudu teh serbuk sulfur. Kemudian, sapukannya pada bahagian wajah yang berjerawat.

3) MEMBERSIHKAN WAJAH:
• Tumbuk kacang pecan hingga hancur kemudian campurkan dengan jus perahan limau nipis dan kacau hingga rata. Cuci wajah menggunakan campuran ini selama 15 minit sebelum membilaskan seperti biasa.

4) MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM:
• Potong limau nipis kepada beberapa hiris dan tekapkannya pada kawasan wajah yang bermasalah selama 10 minit.

CORETAN ASAL DARI :http://beadbroochgadiskampung.blogspot.com/

RAHSIA LIMAU KASTURI

limau kasturi

limau kasturi

Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. :)

1 gelas air suam

1 sudu madu asli ( gunakan sudu plastik )

1/2 biji perahan air limau  ( lemon / kasturi atau limau nipis/lemon )

Bancuh dan minum setiap pagi  – pasti anda akan berasa cergas dan sihat.

1. Mengurangkan Lelah

– Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

– Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

2. Melegakan Pening Kepala

– Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

– Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)

3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

– Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak

Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

– Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

– Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

– Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.

5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

– Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

– Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

– Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

– Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?

 

Jus Lemon Madu

Jus Lemon madu

 

 

Lemon membantu merangsang sistem pencernaan dan menjadikan anda lebih bertenaga. Ia juga berperanan membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin….

 

??Pemusnah Sel Kanser??

Air lemon panas boleh menolong
anda seumur hidup

1. ?Lemon panas membunuh sel kanser.

2. ?2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh
menjadi air alkaline.

3. ?Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat
bagi siapa sahaja.

4. ?Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti
kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam
perubatan moden.

5. ?Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. ?Ibarat tomato, harus
dimasak terlebih dahulu baru blh muncul
Lycopene yg bermanfaat.

7. ?Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan
tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. ?Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak
merosak sel normal.

9. ?Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh
menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran
darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan
darah.

Selamat mencuba.

 

Share
This entry was posted on February 21, 2014, in Dunia herba.

Rahsia Lidah Buaya

Lidah buaya ( aloevera )

Aloe Vera

Aloe Vera

Bertemu lagi para pengunjung sekelian. Kali ini saya dengan sukacita ingin membentangkan sedikit maklumat tentang kebaikan dan  potensi pengubatan yang terdapat dalam Aloe Vera atau disebut pokok Lidah Buaya. Saya akui bahawa saya adalah pendokong pengubatan secara semulajadi, malah saya sendiri menanam dan memakan tumbuhan ini.

Halaman rumah dipenuhi dengan tumbuhan aloe vera. Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera. Lihatlah apa faedah yang boleh didapati dari sebatang pokok aloe vera;

1. menghentikan pertumbuhan tumor
2. merendahkan kadar kolesterol
3. memperbaiki sel darah
4. menambah oksigen di dalam darah
5. menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
8. mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
9. menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
13. menghentikan kanser colon
14. sebagai pelincir salur perkumuhan
15. menghilangkan buasir
16. meneutralkan gula di dalam darah
17. memelihara buah pinggang dari penyakit
18. menghalang jangkitan
19. memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
…dan banyak lagi!!!

Tiada tumbuhan yang dapat menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam aloe vera. Tetapi kebanyakan orang masih tidak menyedarinya, atau berfikir ia hanya sekadar untuk memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, aloe vera sangat berfaedah untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Pembentukan Jeli Aloe Vera
Pokok aloe vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam “tangki” yang besar yang terdapat pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan
bakteria. Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.

Sehingga kini, hanya satu cara yang terbaik untuk mendapatkan faedah dari jeli aloe vera ini – iaitu menanamnya sendiri. Sudah bertahun saya lakukannya. Apabila ingin mendapatkan, saya akan pergi ke halaman rumah, potong seulas daunnya, siat kulit dan ambil jelinya. Kemudian jeli tersebut dimasukkan ke dalam pengisar, lalu campurkan di dalam air minuman atau air bertapis. Anda akan mendapat faedah yang optimum dari herba semulajadi ini. Ia mempunyai gred yang lebih tinggi, bebas dari racun serangga dan penuh kepekatan. Cecair aloe vera yang terdapat di pasaran (biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian dicampur dengan pemekat supaya ia kelihatan seperti
jeli. Sesetengah pula langsung tidak mengandungi jus aloe vera sedikitpun. Malah ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya.

Faedah Kesihatan Dari Jeli Lidah Buaya
Kenyataan di sini adalah kenyataan ikhlas secara peribadi dari saya tentang faedah kesihatan dari jeli aloe vera. Menariknya, jika saya seorang pengusaha atau penjual produk aloe vera, saya tidak berani membuat kenyataan ikhlas ini kerana Kementerian Kesihatan sudah tentu akan membekukan atau merampas produk saya dan mendakwa saya menjual “dadah yang tidak diluluskan”. Atau mereka menuduh saya menjual herba yang “merbahaya”!!!

Tapi sebenarnya saya tidak terlibat dalam perniagaan produk aloe vera. Saya hanya berkempen untuk menyedarkan masyarakat tentang kebaikan produk-produk semulajadi, memberi saranan supaya mencari kaedah perubatan semulajadi, dan saya tidak akan merahsiakan kebenaran tentang faedah penyembuhan yang terdapat dari pohon lidah buaya ini.

Humbankan Peti Pertolongan Cemas Di Dapur Anda (First Aid Kit), Gantikan Dengan Aloe Vera
Aloe Vera adalah anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat. Ia boleh menyembuhkan kesan luka pada kulit tanpa meninggalkan parut. Ia jelas terbukti apabila saya pernah terluka di tangan selepas terjatuh, kemudian saya hanya usapkan bahagian yang luka dengan jeli aloe vera, 3 bulan kemudian tiada lagi parut pada luka tersebut. Bahagian yang luka itu akan tertutup kembali mengikut warna kulit  badan kita, jika kulit anda cerah atau gelap, ia akan menuruti warna kulit anda. Sukar untuk saya mengesan di manakah zon luka saya dahulu. Berbagai produk kosmetik berasaskan kimia dan ubat-ubatan untuk kulit yang diusahakan oleh industri-industri bernilai berbilion dolar dengan pelbagai jenama yang popular sebenarnya tidak diperlukan jika anda sudah mengenali peranan pohon lidah buaya ini.

Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan semulajadi. Ia memelihara kesegaran makanan. Anda tidak perlukan pengawet dari kimia merbahaya yang boleh mendatangkan kanser. Tetapi mengapa masih ramai tidak yakin atau kurang menggunakan aloe vera? Sebabnya mudah. Ia tidak berjenama dan tidak dapat dipatentkan. Ia boleh didapati dengan mudah dan murah apabila kita sendiri menanamnya.

Pengusaha-pengusaha besar tentu tidak dapat menggunakan 100% bahan asli dari aloe vera sebaliknya mencampurkan dengan formula-formula kimia mereka sendiri dan mendakwa kononnya produk aloe vera mereka lebih hebat dan lebih berkuasa dari aloe vera jenama lain.

Anda tidak perlu lagi mendapatkan produk aloe vera yang dibotolkan yang dijual dengan harga berpuluh-puluh ringgit sebotol kerana anda boleh dapatkan yang lebih asli dan pekat dengan menanamnya sendiri di belakang rumah anda. Aloe vera yang dijual begitu mahal sebenarnya adalah strategi pemasaran dan psikologi pengguna, kerana pengguna hari ini sudah sinonim berfikiran, “barang yang mahal tentu nilainya lebih baik, dan yang murah tentu tidak berkualiti atau tiruan”.

Jika mereka menjual sebotol aloe vera dengan harga RM3 sebotol, tentu ramai yang tidak yakin malah tidak percaya botol tersebut mengandungi lidah buaya! Mereka menganggap, jika ia ubat yang berkualiti, harganya tentu lebih mahal. Itulah kesilapan kita para pengguna hari ini. Pengguna sendiri yang menggalakkan pengusaha menaikkan harga.

Sebenarnya aloe vera yang boleh ditanam sendiri dan khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran. Tetapi memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih suka membeli dari menanam sendiri.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Lidah Buaya:
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. enzim
7. triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8. glyconutrien & glycoprotein
9. polisakaraid
10. acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11. fenolik glikosid
12. dihidrokomarin

Resepi:
1. sekeping jeli segar aloe vera
2. 1 sudu teh gula tebu organik atau madu lebah
3. 1 mug air bertapis

~ Masukkan jeli, gula organik atau madu lebah dan sedikit air bertapis ke dalam mesin pengisar.
~ Kisarkan sehingga menjadi halus. Kemudian tuangkan ke dalam mug berisi air minuman bertapis.
Minum airnya. Lakukan 2-3 kali seminggu. Anda akan mendapat sistem pertahanan tubuh yang kuat.
*Airnya juga boleh disapukan pada muka sebelum tidur untuk mendapat kulit yang licin, halus dan berseri.

Petikan dari : The Secret Medicines

Share
This entry was posted on February 21, 2014, in Dunia herba.