Archive | February 2013

Rahsia Daun Sireh

Pokok sireh - Piper betle

Pokok sireh – Piper betle

Pokok Sireh atau nama saintifiknya – Piper betle satu jenis  tumbuhan herba yang sangat berguna untuk  wanita : Lihatlah rahsia …

Rahsia Sirih Untuk  Wanita

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Pakar kajian herba mengatakan sirih mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna untuk kesihatan.
Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.

Sirih banyak digunakan untuk perubatan dan kecantikan wanita. Antara masalah-masalah wanita yang boleh http://www.gulfcoastretirement.org/admin/generic/ dirawat menggunakan daun sirih adalah:

Gatal Vagina

Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Ari-ari Pedih
Ambil sirih, sebiji buah pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Keputihan

Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

Kencing Sakit/ Tidak Lawas

Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Menegangkan Payu Dara

Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Penyakit Kelamin

Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Bau Badan

Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Nota Tambahan :

Khasiat ASTRIGEN daun sirih berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Info diperolehi dari
http://sweet-ladybird.blogspot.com/2010/09/rahsia-sirih-untuk-wanita.html
Terima kasih dek ..

Share
This entry was posted on February 21, 2013, in Dunia herba.

Aku semacam gila

Pening kepala hari ini ditambah dengan cuaca panas,jalan sesak,parking penuh,tempat jualan bunga di Sg buloh,Selangor lagi sesak dengan ragam pembeli bunga , bukan dikalangan Kaum Cina sahaja yang akan menyambut  tahun baru, malah peminat bunga pelbagai bangsa. Aku semacam gila melihat bunga berkembang disana-sini. Lihatlah gambar yang sempat aku ambil buat mencuci mata  anda semua

Sesungguhnya Perniagaan bunga jika diushakan secara berterusan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Peluang yang diberikan oleh Allah ini jarang diushakan oleh kaum Melayu. Sudah mencecah 25 tahun aku terlibat secara langsung memasarkan bunga-bungaan, benih dan tanaman lain. 2013-02-02 15.19.25

Nak tahu bagaimana idea itu datang … satu masa dahulu , aku suka melihat perempuan tua ( Kaum Cina ) menjual bunga ros,cili,dan lain-lain di tepi Pasar Besar Kuala Lumpur, ketika tu aku seorang guru tabika, setiap sabtu kami terpaksa lalu kawasan tersebut untuk jalan pintas ke Bus stand Klang .. Sebab setiap hari Sabtu kami ada meeting.

2013-02-02 15.21.58

Aku kagum  melihat mereka berniaga. Terfikir dalam hati aku teringin nak berniaga macam mereka. Dipendekkan cerita, aku berhenti kerja dan berniaga secara kecil-kecilan , menyewa pokok  dalam pejabat dengan bantuan seorang rakan kongsi. Kemudian menambahkan perniagaan menjual baja dan bunga di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail,Kuala Lumpur. Sebenarnya inilah impianku ..Ia telahpun menjadi kenyataan . Namun perasaan puas belum lagi aku kecapi. Aku akan terus berusha agar diriku dan bunga tidak dapat dipisahkan.

2013-02-02 15.21.38

Harapanku agar aku dapat terus mencurahkan idea dan info tanaman melalui ebook  aku sendiri . Dan kepada peminat-peminat bunga yang ada disekitar Lembah Klang , jangan segan silu untuk bertanya. Tanya sama pokok apa sebab goyang ..nanti jawab pokok tanyalah zainab – 017 3980193.

Tonton Vedio Sexy ni … bunga dan wanita bersatu dalam lagu.

Share